Surah Al Ikhlas
•January 28, 2010 • Leave a CommentWasiat Nabi
•January 27, 2010 • Leave a CommentWahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya. Jujur dalam berkata-kata. Menjauhi segala yang haram.Merendahkan diri.
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya. Takut berlaku dusta dan keji. Menjauhi kejahatan .Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Pertama: ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya.
Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua: suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram.. apabila suami mendiam diri……walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga: abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ….tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat: anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak…….nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja didunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap.
firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN -BATU…”
Hai wanita, kasihkan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda… kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri…
jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik….oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA…semua kaum muslim masuk syurga…janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji ALLAH SWT.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB
AMIN…YA RABBALALAMIN
Hello world!
•January 14, 2010 • 1 CommentWelcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!




